
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Wednesday, December 31, 2014
Wednesday, December 24, 2014
Tips Jadi Penulis

ramai orang boleh menulis..
janji.. tahu abc..
taip menggabungkan ayat..
mencipta ayat..
dan menulis / menaip..
kan dah jadi penulis..
tapi ...
bagaimana nak jadi seorang penulis yang baik..
kali ni.. kita kongsi tips ini.
janji.. tahu abc..
taip menggabungkan ayat..
mencipta ayat..
dan menulis / menaip..
kan dah jadi penulis..
tapi ...
bagaimana nak jadi seorang penulis yang baik..
kali ni.. kita kongsi tips ini.
Tips Menjadi Penulis Yang Baik
1. Jangan meniru idea yang telah ada dipasaran..
2. Pastikan anda ada idea untuk menulis supaya tidak sangkut ditengah jalan.
3. Buat storyboard berkenaan cerita hendak yang ditulis.
4. Berikan idea baru dalam penulisan, cari topik-topik yang sesuai.
5. Jangan sesekali cuba untuk membuat penulisan yang sama dengan orang lain.
6. Buat rujukan, banyak sumber boleh didapati diinternet.
7. Jika anda ingin menulis tentang kereta, tulis tentang kereta dan campur dengan info lain.
8. Kreatifkan dari segi penulisan anda.
Love,
LadyBie
Friday, December 19, 2014
Career Talk With Ally Iskandar

。◕‿◕。 。◕‿◕。
ni la antara kata-kata hikmat yang Ally Iskandar bagi..
huu..
- memperjelaskan sesuatu supaya orang lain faham
- beyond compare
- wartawan blh minta PM & VVIP untuk duduk untuk diinterview
- lagi besar kuasa lagi besar tanggungjawab
- belajar bahasa
- cari pekerjaan yang dekat dengan jiwa
- bidang penyiaran = sgt kritikal
- wartawan= menyampai info secara terus
- populariti bkn tujuan utama
- penyampai berita = utk menyampaikan maklumat secara terus, tepat dan cara tersendiri
- mampu beri kesan pada penonton
- niat kne betul
- jangan gugup
- jangan takut salah
- macam mama kalau orang nak percaya
- keupayaan untuk meyakinkan org
- terima cabaran untuk buktikan kita blh lakukan
- serba boleh
- senyum
- cari kelebihan yang ada dalam diri
- cari cara untuk pikat penonton
- x perlu banyak sangat cakap
- kena ada passion
- be competative
- jgn main2
- jgn nak expect nak kerja dgn camera sahaja
- try mcm2
- frontliner = passion, keistimewaan, fluence dlm communication n competitavie
- jgn mudah berpuas hati
- be confidence
- pasti utuk diingati
- fokus hala tuju
- chalenge yourself
- klu ada sst yg blh ubh anda knp yg lbh baik, do something
- cabar -> suka -> minat -> baik
- pikir " nasib baik ada org nak care psl kita"
- improve
- x de sesiapa yang blh keluarkan dari bidang yg kita minati
- you leave... you give up.. you looser
- host = smpaikan maklumat
- steady and sure
- cari peluang
- prove yourself
- be better
Love,
LadyBie
Thursday, December 4, 2014
Kewartawanan Dalam Talian Mempunyai Kredibiliti Yang Lebih Rendah Daripada Media Arus Perdana

Kamus Dewan Bahasa edisi keempat 2005, mendefinisikan kewartawanan sebagai hal yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan. Segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Terdapat hunungan yang jelas antara maklumat atau berita dengan wartawan. Wartawan pula bermaksud orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Wartawan juga adalah individu yang ditugaskan untuk mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada khalayak.
Wartawan mempunyai tanggungjawab untuk menyalurkan maklumat berkaitan sesuatu perkara kepada umum melalui medium-medium massa yang sedia ada. Namun, dengan teknologi yang semakin canggih, ramai yang mengambil peluang untuk berkongsi maklumat melalui medium atau aplikasi yang ditawarkan di alam maya.
Kita selalu bangga dengan kemudahan yang sedia ada, maklumat itu bagaikan dihujung jari kita sahaja. Tetapi sejauh mana kesahihan maklumat yang disampaikan? Bagaimana pula dengan kredibiliti orang yang menyampaikan maklumat tersebut?
WARTAWAN MEDIA ARUS PERDANA MELAPORKAN SESUATU ISU ITU MELALUI LAPORAN DARI PROGRAM-PROGRAM YANG DIHADIRNYA SENDIRI ATAUPUN DARI SUMBER MAKLUMAT YANG BOLEH DIPERCAYAI SAHIHNYA DAN MAKLUMAT-MAKLUMAT INI DISERTAKAN DENGAN BUKTI. BUKTI PULA BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA JENIS ANTARANYA IALAH VIDEO RAKAMAN, GAMBAR ATAUPUN SESI TEMUBUAL BERSAMA DENGAN ORANG YANG KREDIBILITI UNTUK MENGULAS MENGENAI PERKARA TERSEBUT.
NAMUN BEGITU, MELALUI PENGAMATAN SAYA, PENULIS DIATAS TALIAN LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN SUMBER-SUMBER YANG DIDAPATI DARIPADA LAMAN SESAWANG YANG LAIN DAN MEMBUAT KESIMPULAN DARIPADA MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPEROLEH. KADANG-KADANG, SUMBER YANG DIBACA TERSEBUT BOLEH DIRAGUKAN KESAHIHANNYA.
sudah sedia maklum, seorang wartawan perlu mematuhi etika-etika kewartawanan yang perlu dipegang ketika menjalankan tugas. Mereka perlu jujur dan telus dalam menyampaikan informasi tersebut walaupon ditulis dari pelbagai sudut yang berbeza. Tetapi adakah mereka yang menulis didalam aplikasi dalam talian memegang kuat pada prinsip dan etika yang sama? Perkara itu amat meragukan.
Jika dikira dari sudut penulisan, semua orang boleh menulis dan menaip, namun bagaimana pula mereka mendapatkan informasi mengenai sesuatu isu atau perkara. wartawa media arus perdana diberi garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat mengenai cara tulisan dan bentuk tulisan yang dikehendaki mereka. Tetapi adakah perkara yang sama berlaku kepada penulis media atas talian?
Terdapat juga penulisan diatas talian yang menulis maklumat mengikut emosi sahaja. Contohnya, ketika dia sedang marah kepada sesuatu pihak mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dirinya sendiri namun menceritakan di dalam laman maya dengan penuh emosi tentang sesuatu perkara.
Terdapat juga penulis ATAS TALIAN yang hanya menyampaikan maklumat mengikut citarasa dan pemikiran sendiri. Kata orang “kata-kata yang datang dari hati” atau juga dikenali sebagai “heart-to-heart conversation”sehingga mengabaikan perasaan pembaca. maklumat sebenar yang cuba disampaikan oleh sumber KELIHATAN TERSASAR JAUH DARI APA YANG DISAMPAIKAN. ADA JUGA DIANTARA MEREKA YANG MEMILIH INPUT-INPUT YANG MENARIK DAN MENGABAIKAN BEBERAPA PERKARA YANG MEREKA RASA TIDAK MENARIK ATAUPUN YANG BERCANGGAH DENGAN KESUKAAN MEREKA KETIKA MELAPORKAN MENGENAI ISU TERSEBUT.
Sebelum sebarang berita disiarkan melalui media arus perdana, sesebuah maklumat tersebut akan melalui beberapa proses dan maklumat tersebut akan ditapiS beberapa kali sebelum disiarkan kepada orang awam. Antaranya ialah proses “proof reading”.PROSES TERSEBUT PULA MELIBATKAN BEBERAPA INDIVIDU DAN IA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH HASIL YANG TERBAIK DAN MENEPATI KEHENDAK SYARIKAT DAN PEMBACA MEREKA. Namun mengikut pengetahuan saya, penulis atas talian tidak melalui proses tersebut, dan penulisan yang dimuatnaik adalah penulisan “first-hand writing” TANPA TAPISAN DARI PIHAK KETIGA.
Love,
LadyBie
Kebebasan Berita dan Informasi Siber: Suatu Paradoks

Kebebasan berita dan informasi siber: suatu paradoks.
Paradoks berdasarkan Kamus Dwibahasa Oxford bermaksud kenyataan yang bercanggah tetapi mengandungi kebenaran. Penulis menegaskan isu bahawa kebebasan berita dan informasi siber mengandungi kenyataan yang saling bercanggahan tetapi ia mengandungi kebenaran.
Di dalam artikel tulisan Suara Murba ini, penulis menggunakan struktur bahasa yang tinggi di dalam penulisannya. Contohnya penggunaan perkataan ‘paradoks’, ‘sarjana media’, ‘segregasi’, ‘ethnosentrisme’, ‘anarkisme’, ‘lewah’, ‘balkanisasi’, ‘wahana’ dan ‘anarkis’. Kadangkala perkataan yang digunakan sukar difahami sepintas lalu dan ia memerlukan pembaca untuk lebih focus dan berfikir secara kritis dan membuat bacaan tambahan untuk memahami konteks ayat berkenaan.
Tiada penapisan internet membolehkan penulis bebas untuk berkongsi maklumat, ideologi dan fahaman mereka terhadap sesebuah isu. Disebabkan tiada sebarang akta yang melibatkan penapisan internet, ia dilihat sebagai medan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat yang dilarang penggunaannya di media tradisional. Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan internet sebagai medium untuk mengkritik dan melepaskan amarah mereka mengenai sesuatu perkara. Namun begitu, tanpa tapisan internet juga boleh mengundang imej yang buruk kepada Negara dimana melalui kecanggihan teknologi, pembaca dari seluruh pelusuk dunia mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat dan boleh mewujudkan pandangan negatif sekiranya mereka membaca artikel karangan penulis yang kurang berkreadibiliti.
Dengan kecanggihan teknologi yang semakin berkembang, media siber dilihat lebih berpotensi untuk menyebarkan maklumat dengan lebih meluas kepada pembaca yang lebih besar. Hal ini kerana, ia dilihat dapat memenuhi kehendak dan keperluan pembaca yang menginginkan maklumat yang senang untuk diperoleh dengan masa yang singkat dan kurang kos yang perlu diperuntukkan. Akan tetapi kesahihan maklumat yang digunapakai oleh penulis diatas talian sebagai rujukan menjadi tanda Tanya. Kadangkala penulisan di internet lebih cenderung kepada pendapat persendirian yang dicampur dengan pergolakan emosi seterusnya dimuatnaik untuk dikongsi kepada orang ramai.
Dapat kita lihat, di Malaysia, terdapat segragasi sosial dimana kebanyakan bangsa dipecah-pecahkan mengikut bangsa masing-masing seperti di dalam aspek pendidikan. Media massa juga disegregasikan dimana setiap kaum besar diMalaysia mempunyai akhbar yang menyampaikan maklumat di dalam bahasa masing-masing contohnya Utusan Melayu, Nan Nyang Siang Pau dan Tamil Neesan yang melaporkan berita menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan mengetengahkan fahaman ideologi untuk kepentingan bangsa mereka. melalui segregasi ini ia dapat membentuk nilai negatif seperti semangat taksub pada perkauman. Hal ini terjadi kerana kurang persefahaman dan juga kurang pengetahuan mengenai sesuatu perkara di antara kaum-kaum tersebut. Saya rasa adalah wajar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan ideology 1 Malaysia yang bertujuan untuk menyatupadukan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia agar lebih memahami sekaligus untuk mencapai perpaduan dan keamanan sejagat.
Seperti yang kita ketahui, setiap wartawan media arus perdana perlu berpegang teguh pada prinsip dan etika kewartawanan. Walaupon cara mereka melaporkan terhadap sesebuah isu adalah berbeza namun mereka harus tetap berpaksikan kepada prinsip dan etika kewartawanan tersebut. Tetapi melalui pengamatan saya, penulis diatas talian tidak berpegang pada prinsip dan etika yang sama malah mereka cenderung melaporkan mengikut citarasa dan kehendak sendiri. Ia adalah kerana mereka mengatakan bahasa falsafah kewartawanan tersebut bagaikan mengekang kebebasan mereka bersuara.
Penulisan wartawan media tradisional perlu melalui beberapa proses yang penting seperti ‘proof reading’ sebelum disiarkan didalam akhbar. Ia bagi memastikan maklumatkan yang disampaikan bertepatan dengan garis panduan penulisan yang dikehendaki oleh syarikat dan bersikap telus. Namun bagi penulisan di internet, mereka tidak melalui proses tersebut, kiranya apa yang dikarang itu akan terus dimuatnaik di laman maya tanpa proses tapisan oleh mana-mana pihak.
Love,
LadyBie
Thursday, November 13, 2014
Secantik Hanis Zalikha

First of all, I would like to explain to you that make up is about blending and covering imperfections, and doing surgery to the face without using knife only use concealer and dark tone foundation. And and make up is also about achieving the look you need to carry for certain occasions to suit your outfit.
(This is what naughty canvas heard from the teacher)
If you follow the rules, step by step, you can never go wrong. Unless you are colour blind.
1. Cleanse, tone, mosturise. (Pamper skin first before proceeding)
2. Its all about complexion. Foundation (light first, as the base, continue with darker tone for shading) followed by blusher. Dark coloured foundation is your weapon people. This is to replace knife in plastic surgery. You must shade whichever parts you want to cut off. Three main parts : Jawline, under cheekbones, and sides of your nose.
3. Blend. You must blend the foundations because you would not want to look like you have one dark line along your jaw, like you have janggut. Tips: You can use eyeliner (but make sure you blend really well) if you dont have darker tone foundation for the shading. Next, apply powder or bronzer powder, your choice, to the whole face. Must blend. Everything must blend.
4. Enhance eyebrows with eyebrow pencil. Tips:Should get darker as the line reaches the end of the brow, not the other way around, to avoid looking fierce.
5. Apply eyeshadows and blend blend blend.

Different colour ideas.
6. Apply eyeliner. Tips: To avoid eyeliner from getting smudge, apply powdery stuff (eg. eyeshadow of the same colour as eyeliner) soon after you apply the eyeliner. If you want bigger eyes, I dont know how to give. But if you want bigger looking eyes, you should draw white eyeliner along the inner part of the bottom eyelid, followed by black eyeliner along the outer part.
7. Mascara. One stroke downwards and the rest are all upwards.
8. Highlight your features that you want to enhance. Highlight it with normal powder highlight or (cheaper) just use concealer. Areas you should highlight: T-zone, under the arch of eyebrows, along nose bridge and tip of your chin. Blend blend blend.
9. Draw out your lips with lipliner followed by lipstick with the shade of your choice and lipgloss. Tips: To avoid leaving your lipstick prints all over the place (coffee mug, your son's cheek, your teeth, some guy's collar), use colourless coating by Lancome, Juicy Coat (not advert).
credit: Hanis Zalikha
Love,
LadyBie
Personaliti Mengikut Warna Pakaian

Warna pakaian yang paling sering kamu kenakan mampu mewakili diri kamu dan menunjukkan siapa kamu sebenarnya! Mungkin kamu sering memilih warna pakaian yang sama tanpa disedari sehingga warna itu mampu menjadi penunjuk keperibadian diri kamu!
Merah Bersemangat, bercita-cita tinggi dan bertenaga.
Merah muda (pink) Hangat, romantik, mudah simpati dan mudah memahami.
Kuning Aktif dan bijak berkomunikasi.
Hijau Berhati-hati dan sensitive
Biru muda Kreatif, berfikiran tajam dan penuh imaginasi.
Biru tua Cergas, bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan.
Ungu Peka dan selalu ingin mendapatkan yang terbaik
Cokelat Jujur dan bersifat pecinta alam.
Hitam Memiliki kemahuan yang kuat, bersifat lebih terbuka dan berdisiplin.
Putih Penuh perhatian dan sukakan kedamaian.
Love,
LadyBie
Wednesday, November 12, 2014
Flight Attendance Uniform (Part 5)

bila berkesempatan menaiki kapal terbang..
kita mesti berangan nk jmpe kakak-kakak stewardess yang cantik2 macam model kan..
kadang2 bertembung... terpegun sekejaps..
kadang2 skodeng uniform dorang.. cantik kan..
so.. i gegatal tangan pi google uniform2 airlines..
jom skodeng bersama-sama..

Hong Kong Airlines (Hong Kong)

Cathay Pacific (Hong Kong)

Dragon Air (Hong Kong)

Jetstar Asia Airways (Singapore)

Scoot (Singapore)

Silk Air (Singapore)

Tiger Air (Singapore)

EVA Air (Taiwan)

Far Eastern Air Transport (Taiwan)

TransAsia Airways (Taiwan)

Bangkok Airways (Thailand)

City Airways (Thailand)

Happy Air (Thailand)

Nok Air (Thailand)

Orient Thai Airways (Thailand)

Thai Lion Air (Thailand)

Thai Airways (Thailand)

Thai Smile (Thailand)
Sumber: Google
kita mesti berangan nk jmpe kakak-kakak stewardess yang cantik2 macam model kan..
kadang2 bertembung... terpegun sekejaps..
kadang2 skodeng uniform dorang.. cantik kan..
so.. i gegatal tangan pi google uniform2 airlines..
jom skodeng bersama-sama..
Hong Kong Airlines (Hong Kong)
Cathay Pacific (Hong Kong)
Dragon Air (Hong Kong)
Jetstar Asia Airways (Singapore)
Scoot (Singapore)

Silk Air (Singapore)
Tiger Air (Singapore)
EVA Air (Taiwan)
Far Eastern Air Transport (Taiwan)
TransAsia Airways (Taiwan)
Bangkok Airways (Thailand)
City Airways (Thailand)
Happy Air (Thailand)

Nok Air (Thailand)
Orient Thai Airways (Thailand)
Thai Lion Air (Thailand)
Thai Airways (Thailand)
Thai Smile (Thailand)
Sumber: Google
Love,
LadyBie
Subscribe to:
Posts (Atom)