Showing posts with label Dior. Show all posts
Showing posts with label Dior. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Menjelajah Expo 100 Doraemon JB


kira nie agak throwback sikit..
bukan ape.. event ni diadakan pada hari ahad lepas..
tapi sekarang baru Ladybie ade kesempatan nak update..
maaf ye..

pada 26 Oktober 2014 lepas... satu kumpulan selebriti Malaysia telah menyertai satu rombongan yang dianjurkan oleh Event Creative bagi melawat Expo 100 Doraemon di City Square, Johor Bahru. Antara selebriti yang hadir ialah Dior, Elfie, Salma Mentor 5, Azri AF9, Fimie Don, Aesar Mustafa, The New Megaboys, Azmir Arif, Reyhana Yunus dan Kamal Hamidi.

perjalanan bermula jam 7.30 pagi bertolak dari Cinematic, Jalan Ampang ke Johor. sepanjang perjalanan ke Johor Bahru, kami diserikan dengan persembahan santai dari artis-artis yan turut terlibat. Orang kata sesi break the ice macam tu.. kita kenal-kenal sambil buli buli diorang suruh menyanyi untuk menghiburkan hati.. memang lawak.. memang happening.. memang sporting..

kami sampai ke City Square kira kira jam 12.30 petang. Sebelum terjah ke Expo Doraemon, kami telah disajikan dengan hidangan masakan ala- thai yang sedap sedap di Soul Thai Restaurant, Johor Bahru.. memang sedap.. memang lentokkk layan makanan tu.. almaklumlah.. memang time makan lunch kan..

habis sahaja makan tengahari, kami pun bergerak ke perkarangan Expo 100 Doraemon tersebut. tambah menarik dengan kehadiran wakil istana Johor iaitu anakanda saudara Sultan Johor, iaitu Tunku Aiman Hafiz Putra yang sama-sama bersama kami menjelajah expo Doraemon.  terima kasih tunku atas kesudian tunku bersantai bersama kami.

selepas habis menjelajah expo Doraemon ni.. kami bergerak ke Johor Premium Outlet, salah satu tarikan di Johor Bahru. ada yang menunaikan hajat untuk bershopping sakan disana, ada yang hanya melihat-lihat, ada yang mengambil peluang untuk mengenyangkan perut. kira aktiviti santai la kan..

selepas tu, kami bergerak balik ke Kuala Lumpur. sempat untuk berhenti rehat untuk makan malam di restoran jejantas Ayer Keroh Melaka . selamat tiba di perkarangan Cinematic, Jalan Ampang jam 12.40 malam..

so.. ni antara gambar yang sempat baby snap snap...






















Love, 

LadyBie

Saturday, September 27, 2014

Empayar Akar Kita Zapin


fuhh fuhh.. berhabuk blog i ni..
kebizian melanda.. so terpaksa abaikan blog sekejap
lagipon kadang2 bila dah ade masa tu mood plak x de..
so.. kita dok tangguh tangguh jerr post ni ha..

ok.. back to the story..
hari ahad lepas.. 21 Sept 2014.
sempat i menjengah ke Majlis Penutupan Empayar Akar Kita Zapin Nusantara
anjuran Noraniza Idris Production Ventures.

ekcelli event ni kira macam pertandingan Zapin peringkat Nusantara
antara yang bertanding ialah Singapura, Malaysia, Brunei dan lain-lain
sebelum ke peringkat nusantara, mereka (wakil Malaysia) telah bertanding untuk peringkat kebangsaan
hebat kan..

Cintanya pada irama tradisional seperti zapin tidak pernah luntur, malah penyanyi Noraniza Idris yang juga Ratu Etnik Kreatif ini mengakui terus memperjuangkan irama tradisional supaya ia tidak lapuk ditelan zaman. Terbaru, Tatihseni Malaysia akan menganjurkan program Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2014/2015 dengan kerjasama Persatuan Belia Kota Gagasan, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.   Noraniza berkata, misi dan visi program ini untuk mengangkat produk pelancongan supaya menjadi satu ‘trademark’ bagi Malaysia menerusi zapin kepada sebuah program modal insan secara komprehensif sebagai tarikan pelancong untuk datang ke negara ini." Sumber: Harian Metro

Majlis Ini turut dihadiri oleh Yg Berhormat Tan Sri Dato Seri Dr. Rais Yatim dan Isteri dan Dif Dif Kehormat dari negara-negara Nusantara, dan juga para selebriti tanah air.  Majlis ini turut mengangkat penyanyi Azmir Arif, penyanyi & penulis lirik Ihab Mohammad sebagai Ikon Akar Kita Zapin 2014.

so... ni antara gambar2 yang sempat kita snap snap sepanjang event tersebut.

Add caption

Dari Kiri: Adik Solbi, Dior & BabyNurul Ain

Bersama Ihab , Ikon Akar Kita Zapin 2014
Bersama Azmir Arif, Ikon Akar Kita Zapin 2014



















Love, 

LadyBie

Friday, July 11, 2014

Video: Suasana Hari Raya - Dior , Baby & Hairi Diva




ha.. dah nak raya kan..
so... jom layan lagu raya..
video nie ekceli just suka suka je kitorang buat
time2 tunggu nak berbuka puasa kat satu event Iftar tahun lepas..
asalkan raya... so valid lagi kan??
jom nyanyi sama-sama~!!



A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )




p/s: suara baby macam comel comel je... kalau cam tu rezeki korang la kan tuk dengar.. hehe








Love, 

LadyBie