EGOISTIK
jangan sesekali memandang rendah dan menganggap kedudukan kekasih kita tidak sama taraf dengan diri kita. sikap ini hanya memburukkan lagi perhubungan yang dibina. lebih malang lagi, kita mungkin sentiasa gagal dalam percintaan.ubahlah sikap ini kepada yang lebih positif.
JANGAN CEMBURU BUTA
apabila perasaan cemburu melampaui batas, kita perlu berfikir secara rasional dalam setiap keadaan. jangan biarkan perasaan dipengaruhi dengan perkara yang tidak masuk akal. ingat! orang yang kuat cemburu hanya mencipta sengsara untuk dirinya.
KURANG BERTANYA
jangan malu bertanya dengan bakal kekasih hal-hal yang berkaitan dengan diri serta peribadinya.tujuan kita bertanya adalah ingin mengenali durinya dengan lebih mendalam. lebih banyak yang kita tahu, lebih mudah kita mendekatinya.
TERLALU MENGIKUT HATI DAN PERASAAN
jangan terlalu ikutkan hati. tindakan yang terburu-buru hanya menyusahkan diri. cuba berfikir dengan logik masalah yang terjadi. jangan terus membuat keputusan ,berfikir sebelum berfikir.
CARI KESERASIAN
tidak salah berangan-angan dalam percintaan. tetapi perlu serius dalam realiti kehidupan.cari keserasian antara kita dan bakal pasangan kita. jika ada, bolehlah diteruskan hubungan itu. jika tidak serasi, lebih elok kita tidak meneruskannya.
WAJAH AKAN MENIPU
apabila rupa paras menjadi ukuran,ramailah individu yang tidak cantik dan kacak tidak menjadi pilihan. ini kerana setiap orang terlalu asyik memilih bakal kekasih dikalangan orang cantik dan kacak. terserah pada kita untuk memilih bagaimana rupa bakal kekasih kita. tepuk dada tanya selera.
JANGAN SANGKA BURUK
sifat ini memberi kesan negatif kepada hubungan cinta kita. selidik dahulu apa yang berlaku,barulah boleh menghukum kekasih kita bersalah ataupun tidak. jangan membuat tuduhan yang melulu nanti akhirnya diri yang menyesal.
JADILAH DIRI SENDIRI
jangan ubah personaliti dan gaya hidup kita semata-mata ingin menawan hatinya. perubahan ini pasti bersikap sementara. kita perlu menjadi diri sendiri, kenapa kita perlu menjadi orang lain? terpulang pada dirinya ingin ,menerima kita ataupun tidak. jangn susah-susahkan diri sendiri
TIDAK PERCAYA
sikap saling percaya mempercayai adalah kunci kejayaan hubungan cinta yang dibina. cuba berkongsi masalah yang dihadapi dengan kekasih kita. mungkin ia dapat mengurangkan sedikit bebanan dan tekanan yang terpaksa diharungi.
Love,
LadyBie
No comments:
Post a Comment