Showing posts with label article. Show all posts
Showing posts with label article. Show all posts

Monday, January 5, 2015

3 Sahabat




Gila,Gaduh dan Otak adalah 3 org shbt karib yg sggp brsusah senang bersama2.. jadi,apabila Gila mendapat gajinya yg pertama,dia mngajak kwn2nya i2 membeli-belah bersama2…

Lalu pd hari yg tlh ditetapkan,ketiga2 shbt karib ini pun bershopping sakanlah di salah sebuah pusat membeli-belah yg terkemuka..

Namun,satu kejadian yg tdk dijangka dan diingini tiba2 berlaku.. shbt mrka yg disygi,iaitu Gaduh telah hilang tanpa mereka sedari..

Perasaan Gila dan Otak bercampur baur,antara rasa gelisah,keliru takut dan bermacam2 lg..mereka risau kalo2 terjd pkra yg buruk pd shbt yg mereka sygi krna mamat i2 tetibe ilang tnpa sbrg pamitan..lalu,mereka sepakat utk mencari shbt mereka i2..

Setelah puas mncri,Gaduh tetep tdk dpt ditemui..lantas Gila dan Otak membuat kptsn utk melaporkan kejadian trsbt kpd polis..mereka bergegas ke balai polis yg berdekatan..

Stlh smpai,Gila msk ke dalam manakala Otak mgmbl kptsn utk tggu diluar berikutan sifat azalinya yg takut dgn polis sementelah lg samannya msh belum dilangsaikan..

Sebaik bertemu dgn pegawai polis yg berada di kaunter,tanpa berlengah Gila terus menyatakan tujuan asalnya..

“Encik,sy nk cri Gaduh..!”
“Hah,awk ni gila ke..??” seru pegawai polis yg sdg bingung i2..
“Iya,sy Gila..”dgn tulus,Gila mengakui namanya disamping i2,perasaan pelik menghantui fikirannya..cmner dier bley tau nme aku ha?uiks..ajaib tol!

Namun,berlainan pula dgn pegawai trsbt.dia berang dan naik angin krna terasa dipermain-mainkan.

“Dah tak betul ke? otak letak kat mana??”bentak pegawai trsbt
“Otak ade kat luar encik..”jwb Gila sambil terketer-ketar krn takut dimarahi…













Love, 

LadyBie

Thursday, January 1, 2015

Kali Pertama



tetiba macam best pulak topik dia hari ni.. "KALI PERTAMA" 




Kali Pertama Bercinta 
hurm.. boyfriend pertama masa form tu.. haha.. gatal ka.. muda2 lagi dah pandai... tapi masa tu orang kata dok cinta monyet... my first love masa form 3.. xtau macam mana... xtau sebab ape... tiba tiba rasa sayang yang amat kat dia... kalau tanya sekarang nie stil sayang dia ke tak.. yes.. mengaku.. masih sayang.. masih ingat kat dia.. tapi.. tak de jodoh kan.... redha je lah.. 



Kali Pertama Berjauhan Dengan Family 
first time jauh dengan family bila dah masok kolej.. kena duduk asrama.. first time tu... masa mama and papa termasuk adik-adik hantar pergi asrama.. ok lagi... Tapi.. time nak hantar dorang balik tu yang mula sebak... time salam tu dah sebak habisss dah.. dorang gerak balik je.. haaa gugurlah airmata.. hahaa.. bende tu ade jugak lebih kurang 1 bulan macam tu... lama-lama ok dah...  orang kata.. alah bisa tegal biasa giituw



 Kali Pertama Home Alone 
hurm.. biasa je kot dok rumah sensorang.. kadang2 dok rumah sebab mama n papa keluar tu pon biasa.. ape yang baby maksudkan ialah... first time dok Malaysia sorang-sorang and my family members pergi oversea..  masa tu kat kolej.. tiba tiba mama call.. tanya balik ke tak minggu tu.. bila bagitau tak balik.. mama cakap.. haa.. tak payah balik rumah.. sebab dorang nak pergi singapore ikut papa... yang paling tragis... masa tu besday baby... ouh... nangis kot... hehe..  



First Time Belajar Memandu
 masa mula-mula belajar memandu.. agak teruja... first time pegang kereta tu nerves dia bukan main lagi... try apply ape yang instructor cakap dengan praktikkannye..  tapi now dah advance.. just dah tak berapa nak berani nak drive kereta manual...dah lama dah tinggalkan manual... asyik drive auto je.. so x berani laa nak drive manual semula.










Love, 

LadyBie

Wednesday, December 24, 2014

Tips Jadi Penulis



ramai orang boleh menulis..
janji.. tahu abc..
taip menggabungkan ayat..
mencipta ayat..
dan menulis / menaip..
kan dah jadi penulis..
tapi ...
bagaimana nak jadi seorang penulis yang baik..
kali ni.. kita kongsi tips ini.

Tips Menjadi Penulis Yang Baik

1. Jangan meniru idea yang telah ada dipasaran..
2. Pastikan anda ada idea untuk menulis supaya tidak sangkut ditengah jalan.
3. Buat storyboard berkenaan cerita hendak yang ditulis.
4. Berikan idea baru dalam penulisan, cari topik-topik yang sesuai.
5. Jangan sesekali cuba untuk membuat penulisan yang sama dengan orang lain.
6. Buat rujukan, banyak sumber boleh didapati diinternet.
7. Jika anda ingin menulis tentang kereta, tulis tentang kereta dan campur dengan info lain.
8. Kreatifkan dari segi penulisan anda.













Love, 

LadyBie

Friday, December 19, 2014

Career Talk With Ally Iskandar






。◕‿◕。 Career Talk With Ally Iskandar 。◕‿◕。


ni la antara kata-kata hikmat yang Ally Iskandar bagi..
huu..

  • memperjelaskan sesuatu supaya orang lain faham
  • beyond compare
  • wartawan blh minta PM & VVIP untuk duduk untuk diinterview
  • lagi besar kuasa lagi besar tanggungjawab
  • belajar bahasa
  • cari pekerjaan yang dekat dengan jiwa
  • bidang penyiaran = sgt kritikal
  • wartawan= menyampai info secara terus
  • populariti bkn tujuan utama
  • penyampai berita = utk menyampaikan maklumat secara terus, tepat dan cara tersendiri
  • mampu beri kesan pada penonton
  • niat kne betul
  • jangan gugup
  • jangan takut salah
  • macam mama kalau orang nak percaya
  • keupayaan untuk meyakinkan org
  • terima cabaran untuk buktikan kita blh lakukan
  • serba boleh
  • senyum
  • cari kelebihan yang ada dalam diri
  • cari cara untuk pikat penonton
  • x perlu banyak sangat cakap
  • kena ada passion
  • be competative
  • jgn main2
  • jgn nak expect nak kerja dgn camera sahaja
  • try mcm2
  • frontliner = passion, keistimewaan, fluence dlm communication n competitavie
  • jgn mudah berpuas hati
  • be confidence
  • pasti utuk diingati
  • fokus hala tuju
  • chalenge yourself
  • klu ada sst yg blh ubh anda knp yg lbh baik, do something
  • cabar -> suka -> minat -> baik
  • pikir " nasib baik ada org nak care psl kita"
  • improve
  • x de sesiapa yang blh keluarkan dari bidang yg kita minati
  • you leave... you give up.. you looser
  • host = smpaikan maklumat
  • steady and sure
  • cari peluang
  • prove yourself
  • be better












Love, 

LadyBie

Thursday, December 4, 2014

Kewartawanan Dalam Talian Mempunyai Kredibiliti Yang Lebih Rendah Daripada Media Arus Perdana



Kamus Dewan Bahasa edisi keempat 2005, mendefinisikan kewartawanan sebagai hal yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan. Segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Terdapat hunungan yang jelas antara maklumat atau berita dengan wartawan. Wartawan pula bermaksud orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Wartawan juga adalah individu yang ditugaskan untuk mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada khalayak. 


Wartawan mempunyai tanggungjawab untuk menyalurkan maklumat berkaitan sesuatu perkara kepada umum melalui medium-medium massa yang sedia ada. Namun, dengan teknologi yang semakin canggih, ramai yang mengambil peluang untuk berkongsi maklumat melalui medium atau aplikasi yang ditawarkan di alam maya.

Kita selalu bangga dengan kemudahan yang sedia ada, maklumat itu bagaikan dihujung jari kita sahaja. Tetapi sejauh mana kesahihan maklumat yang disampaikan? Bagaimana pula dengan kredibiliti orang yang menyampaikan maklumat tersebut?

WARTAWAN MEDIA ARUS PERDANA MELAPORKAN SESUATU ISU ITU MELALUI LAPORAN DARI PROGRAM-PROGRAM YANG DIHADIRNYA SENDIRI ATAUPUN DARI SUMBER MAKLUMAT YANG BOLEH DIPERCAYAI SAHIHNYA DAN MAKLUMAT-MAKLUMAT INI DISERTAKAN DENGAN BUKTI. BUKTI PULA BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA JENIS ANTARANYA IALAH VIDEO RAKAMAN, GAMBAR ATAUPUN SESI TEMUBUAL BERSAMA DENGAN ORANG YANG KREDIBILITI UNTUK MENGULAS MENGENAI PERKARA TERSEBUT.

NAMUN BEGITU, MELALUI PENGAMATAN SAYA, PENULIS DIATAS TALIAN LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN SUMBER-SUMBER YANG DIDAPATI DARIPADA LAMAN SESAWANG YANG LAIN DAN MEMBUAT KESIMPULAN DARIPADA MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPEROLEH. KADANG-KADANG, SUMBER YANG DIBACA TERSEBUT BOLEH DIRAGUKAN KESAHIHANNYA.

sudah sedia maklum, seorang wartawan perlu mematuhi etika-etika kewartawanan yang perlu dipegang ketika menjalankan tugas. Mereka perlu jujur dan telus dalam menyampaikan informasi tersebut walaupon ditulis dari pelbagai sudut yang berbeza. Tetapi adakah mereka yang menulis didalam aplikasi dalam talian memegang kuat pada prinsip dan etika yang sama? Perkara itu amat meragukan.

Jika dikira dari sudut penulisan, semua orang boleh menulis dan menaip, namun bagaimana pula mereka mendapatkan informasi mengenai sesuatu isu atau perkara. wartawa media arus perdana diberi garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat mengenai cara tulisan dan bentuk tulisan yang dikehendaki mereka. Tetapi adakah perkara yang sama berlaku kepada penulis media atas talian?

Terdapat juga penulisan diatas talian yang menulis maklumat mengikut emosi sahaja. Contohnya, ketika dia sedang marah kepada sesuatu pihak mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dirinya sendiri namun menceritakan di dalam laman maya dengan penuh emosi tentang sesuatu perkara.

Terdapat juga penulis ATAS TALIAN yang hanya menyampaikan maklumat mengikut citarasa dan pemikiran sendiri. Kata orang “kata-kata yang datang dari hati” atau juga dikenali sebagai “heart-to-heart conversation”sehingga mengabaikan perasaan pembaca. maklumat sebenar yang cuba disampaikan oleh sumber KELIHATAN TERSASAR JAUH DARI APA YANG DISAMPAIKAN. ADA JUGA DIANTARA MEREKA YANG MEMILIH INPUT-INPUT YANG MENARIK DAN MENGABAIKAN BEBERAPA PERKARA YANG MEREKA RASA TIDAK MENARIK ATAUPUN YANG BERCANGGAH DENGAN KESUKAAN MEREKA KETIKA MELAPORKAN MENGENAI ISU TERSEBUT.  


Sebelum sebarang berita disiarkan melalui media arus perdana, sesebuah maklumat tersebut akan melalui beberapa proses dan maklumat tersebut akan ditapiS beberapa kali sebelum disiarkan kepada orang awam. Antaranya ialah proses “proof reading”.PROSES TERSEBUT PULA MELIBATKAN BEBERAPA INDIVIDU DAN IA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH HASIL YANG TERBAIK DAN MENEPATI KEHENDAK SYARIKAT DAN PEMBACA MEREKA. Namun mengikut pengetahuan saya, penulis atas talian tidak melalui proses tersebut, dan penulisan yang dimuatnaik adalah penulisan “first-hand writing” TANPA TAPISAN DARI PIHAK KETIGA. 












Love, 

LadyBie

Kebebasan Berita dan Informasi Siber: Suatu Paradoks



Kebebasan berita dan informasi siber: suatu paradoks. 

 Paradoks berdasarkan Kamus Dwibahasa Oxford bermaksud kenyataan yang bercanggah tetapi mengandungi kebenaran. Penulis menegaskan isu bahawa kebebasan berita dan informasi siber mengandungi kenyataan yang saling bercanggahan tetapi ia mengandungi kebenaran.

Di dalam artikel tulisan Suara Murba ini, penulis menggunakan struktur bahasa yang tinggi di dalam penulisannya. Contohnya penggunaan perkataan ‘paradoks’, ‘sarjana media’, ‘segregasi’, ‘ethnosentrisme’, ‘anarkisme’, ‘lewah’, ‘balkanisasi’, ‘wahana’ dan ‘anarkis’. Kadangkala perkataan yang digunakan sukar difahami sepintas lalu dan ia memerlukan pembaca untuk lebih focus dan berfikir secara kritis dan membuat bacaan tambahan untuk memahami konteks ayat berkenaan.

          Tiada penapisan internet membolehkan penulis bebas untuk berkongsi maklumat, ideologi dan fahaman mereka terhadap sesebuah isu. Disebabkan tiada sebarang akta yang melibatkan penapisan internet, ia dilihat sebagai medan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat yang dilarang penggunaannya di media tradisional. Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan internet sebagai medium untuk mengkritik dan melepaskan amarah mereka mengenai sesuatu perkara. Namun begitu, tanpa tapisan internet juga boleh mengundang imej yang buruk kepada Negara dimana melalui kecanggihan teknologi, pembaca dari seluruh pelusuk dunia mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat dan boleh mewujudkan pandangan negatif sekiranya mereka membaca artikel karangan penulis yang kurang berkreadibiliti.

Dengan kecanggihan teknologi yang semakin berkembang, media siber dilihat lebih berpotensi untuk menyebarkan maklumat dengan lebih meluas kepada pembaca yang lebih besar. Hal ini kerana, ia dilihat dapat memenuhi kehendak dan keperluan pembaca yang menginginkan maklumat yang senang untuk diperoleh dengan masa yang singkat dan kurang kos yang perlu diperuntukkan. Akan tetapi kesahihan maklumat yang digunapakai oleh penulis diatas talian sebagai rujukan menjadi tanda Tanya. Kadangkala penulisan di internet lebih cenderung kepada pendapat persendirian yang dicampur dengan pergolakan emosi  seterusnya dimuatnaik untuk dikongsi kepada orang ramai.

Dapat kita lihat, di Malaysia, terdapat segragasi sosial dimana kebanyakan bangsa dipecah-pecahkan mengikut  bangsa masing-masing seperti di dalam aspek pendidikan. Media massa juga disegregasikan dimana setiap kaum besar diMalaysia mempunyai akhbar yang menyampaikan maklumat di dalam bahasa masing-masing contohnya Utusan Melayu, Nan Nyang Siang Pau dan Tamil Neesan yang melaporkan berita menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan mengetengahkan fahaman ideologi untuk kepentingan bangsa mereka. melalui segregasi ini ia dapat membentuk nilai negatif seperti semangat taksub pada perkauman. Hal ini terjadi kerana kurang persefahaman dan juga kurang pengetahuan mengenai sesuatu perkara di antara kaum-kaum tersebut. Saya rasa adalah wajar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan ideology 1 Malaysia yang bertujuan untuk menyatupadukan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia agar lebih memahami sekaligus untuk mencapai perpaduan dan keamanan sejagat.


Seperti yang kita ketahui, setiap wartawan media arus perdana perlu berpegang teguh pada prinsip dan etika kewartawanan. Walaupon cara mereka melaporkan terhadap sesebuah isu adalah berbeza namun mereka harus tetap berpaksikan kepada prinsip dan etika kewartawanan tersebut. Tetapi melalui pengamatan saya, penulis diatas talian tidak berpegang pada prinsip dan etika yang sama malah mereka cenderung melaporkan mengikut citarasa dan kehendak sendiri. Ia adalah kerana mereka mengatakan bahasa falsafah kewartawanan tersebut bagaikan mengekang kebebasan mereka bersuara.

Penulisan wartawan media tradisional perlu melalui beberapa proses yang penting seperti ‘proof reading’ sebelum disiarkan didalam akhbar. Ia bagi memastikan maklumatkan yang disampaikan bertepatan dengan garis panduan penulisan yang dikehendaki oleh syarikat dan bersikap telus. Namun bagi penulisan di internet, mereka tidak melalui proses tersebut, kiranya apa yang dikarang itu akan terus dimuatnaik di laman maya tanpa proses tapisan oleh mana-mana pihak. 












Love, 

LadyBie

Thursday, November 27, 2014

Sagittarius



hye.. saje x de kje..
nak update update..
tadi dok gatal baca zodiac..
nama pon x de kje kan..

so.. ni antara personality aku..
sbb aku search personality Sagittarius women.
sebab aku Sagittarius..

ni antaranya..


  • A Sagittarius woman lacks tact and her flat, on-the-face statements may make you feeling like running away from her.
  • She is pleasant, friendly, outspoken and very talkative.
  • Her forthrightness comes form the fact that she has no illusions about the world.
  • She sees it exactly as it is and says what she sees.
  • A Sagittarian female is very optimistic, but she is not irrational.
  • She will judge the entire situation as per the facts, analyze its probable outcome and still believe that things will get better.
  • Usually, she is very calm and composed.
  • However, when you become rude to her or offend her, she may become like the fire-spitting dragon.
  • Sagittarius women are quite independent and love their freedom. 
  • They are attached to their family, but not too much. 
  • If you want to get something done from a Sagittarian female, just ask her; don't order. She will never ever do it. 
  • She is your better half and don't you dare forget that. On the other hand, she doesn't want a sissy for a husband or boyfriend. He has to be a real man, who has his ego and won't stand for nonsense. So, you will be expected to balance politeness with firmness.
  • With a Sagittarius girl, you will never have to guess. She says what she thinks and how she acts shows what she feels.
  • Still, she would act as if she's not hurt at all and it is just one of the many harmless flirtations she's had. People will even believe all this, while inside she will be weeping and nursing her wounds.
  • The word 'marriage' makes a Sagittarian female a little nervous and you will need to tempt her in order to make her settle down.
  • She is a little hard to catch and tends to be one of the boys all the time. That doesn't mean she looks or acts like a man! Infact, she is as female as any other girl is.
  • She can never be the hypocrite that some people are and tend to wiggle a few tongues.
  • Her honesty and brusqueness further add to the negative opinions.
  • She will not be too good with money and will most probably be on the extravagant side.
  • She is very sentimental and emotional, though it seems otherwise. It just that, where her feelings are concerned, she becomes too shy.
  • She may not be too good at cooking, but she will also not burn your egg every day.
  • A Sagittarian girl may pass the most sarcastic comments when she is angry, but she will forget the resentment soon enough. Then, she won't understand why are you so upset.
  • As a mother, she will be very friendly with the kids. Infact, she will be more of a chum, than a mom.
  • Apart from that, she will be wonderful and make them as independent as she is.
  • She will be a lovely hostess to guests and make them feel at home.
  • Just let her be what she is. Don't try to change her and don't curb her individuality.
  • She will brighten your life with her optimism, boost you with loyalty, trust you blindly and shower her affection on you.
  • She will encourage you to see dreams and help you in making them come true!













Love, 

LadyBie

Thursday, November 13, 2014

Personaliti Mengikut Warna Pakaian





Warna pakaian yang paling sering kamu kenakan mampu mewakili diri kamu dan menunjukkan siapa kamu sebenarnya! Mungkin kamu sering memilih warna pakaian yang sama tanpa disedari sehingga warna itu mampu menjadi penunjuk keperibadian diri kamu!


Merah Bersemangat, bercita-cita tinggi dan bertenaga.

Merah muda (pink)  Hangat, romantik, mudah simpati dan mudah memahami.

Kuning  Aktif dan bijak berkomunikasi.

Hijau  Berhati-hati dan sensitive 

Biru muda  Kreatif, berfikiran tajam dan penuh imaginasi.

Biru tua  Cergas, bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan.

Ungu  Peka dan selalu ingin mendapatkan yang terbaik

Cokelat  Jujur dan bersifat pecinta alam.

Hitam  Memiliki kemahuan yang kuat, bersifat lebih terbuka dan berdisiplin.

Putih  Penuh perhatian dan sukakan kedamaian.













Love, 

LadyBie

Wednesday, November 12, 2014

Flight Attendance Uniform (Part 5)


bila berkesempatan menaiki kapal terbang..
kita mesti berangan nk jmpe kakak-kakak stewardess yang cantik2 macam model kan..
kadang2 bertembung... terpegun sekejaps..
kadang2 skodeng uniform dorang.. cantik kan..
so.. i gegatal tangan pi google uniform2 airlines..
jom skodeng bersama-sama..


Hong Kong Airlines (Hong Kong)


Cathay Pacific (Hong Kong)


Dragon Air (Hong Kong)


Jetstar Asia Airways (Singapore)


Scoot (Singapore)


Silk Air (Singapore)


Tiger Air (Singapore)


EVA Air (Taiwan)


Far Eastern Air Transport (Taiwan)


TransAsia Airways (Taiwan)


Bangkok Airways (Thailand)


City Airways (Thailand)


Happy Air (Thailand)


Nok Air (Thailand)


Orient Thai Airways (Thailand)


Thai Lion Air (Thailand)


Thai Airways (Thailand)


Thai Smile (Thailand)


Sumber: Google








Love, 

LadyBie