Tuesday, October 7, 2014

Salam AidilAdha


salam aidiladha buat semua
dikesempatan ini i nk citer la pasal sambutan Hari Raya Aidiladha i sekeluarga.



alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga berkesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha
sekaligus dapat menunaikan ibadah korban.
biasanya tahun tahun lepas kebelakang ini papa biasanya amik satu bahagian lembu je
alhamdulillah mungkin rezeki lebih tahun ni..
kami dapat berkorban 1 ekor lembu bagi sekeluarga..
1 ekor = 7 bahagian = 7 orang ahli keluarga
maksudnya kami sekeluarga punya bahagian setiap seorang.

disebabkan ini.. mama n papa dah plan awal2 dengan saudara2
nak buat aktiviti melapah beramai2.
sebab tumbang 2 ekor lembu (campur lembu saudara)
habis kami semua yang mana ade  dipaksa semua pulang ke kampung.
saudara2 mara yang dekat digesa datang..

pagi hari raya tu biasalah...
pergi solat hari raya.. then sarapan serba sedikit..
kemudian kami ke tempat persembelihan..
kata papa, giliran kita no 4..
so.. konvoi 2-3 biji kereta semata nak pergi tengok lembu kena sembelih..
tapi.. dah sampai sana rupanya kami punya giliran ditolak dan ditolak ke bawah gara-gara ade yang nak buat kenduri..
tak apelah.. sabar je la.. menunggu lagi..
akhirnya lepas zohor baru mula persembelihan lembu kami.

i gelar Mr Lembu tu as Mr Selfie.
sebab masa tu.. asal ade kamera suluh kat dia.. dia akan tayang muka.
dah macam kaki selfie gittu.
menurut adik, mama berkenan dengan lembu ni pon gara2 dia suka tayang muka.
tak caya?? tengok lah ni..

  

so.. lepas sembelih tu.. lembu dibawa ke rumah saudara kami untuk proses pelapahan sekaligus proses pengagihan..
alhamdulillah ade juga saudara yang datang membantu..
sempat juga buat Party Sup Tulang..
memang tu pon yang dinantikan..

with the girls in the family. Me, Dila (cousin) & Rai (sis)

with Dila (cousin). cantik x? i mekapkan dia.. walaupon semata nk tgk lembu. 

with Jijie (cousin), the youngest in da family

with Rai, the one n only sis



so.. ini cerita Raya Haji saya..
insyaallah kalau ade kesempatan nak berumrah atau menunaikan Haji pulak lepas ni..
insyaallah.. semoga Allah perkenankan..
amin.. amin.. amin ya rabb.












Love, 

LadyBie

No comments:

Post a Comment