Tuesday, July 15, 2014

Lirik: Bergema Takbir Di Pagi Raya - ForUToC




BERGEMA TAKBIR DI PAGI RAYA - ForUToC

(Ajak Shiro, Shuib dan Rahim dari kumpulan Sepahtu serta ketiga-tiga ahli kumpulan Bocey iaitu Acey, Fard dan Abam tampil bergandingan bersama Dato` AC Mizal untuk menghasilkan semula ForUtoC generasi baru.)


Chorus:
Bergema takbir di pagi raya
Menyambut menyambut Syawal bulan mulia
Uh! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua


Pohon kemaafan doa restu dari mu ayah ibu
Dipagi hari raya ikhlas kasih anakmu
Keinsafan kesabaran bermaafan
Menjanji kita semua insan yang mulia

AC:

Tak dapat ku melupakan
tak dapat ku mengenepikan
segala kenangan terindah
sewaktu kita bersama dahulu
dikau dan aku daku dan kamu
kita sebulu searah sejalan dituju
tak pernah ku terfikir nyanyikan
semula lagu dan irama kita berdansa
melangkah bersama
satu dua tiga kita ulangkan semula
hilangkan rasa resah kita gembira
ketawa ria Ha Ha hA

Satu Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
bergema takbir di pagi hari raya

Satu Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
menyambut syawal bulan mulia

AC:

Kini sejarahkan berulang semula
ada pahit manisnya ada kenangan cinta
ada segala nostalgia pelbagai cerita
jaga lah dirimu walau dimana
kau berada mana yang jauh kasi dekat
mana yang dekat kasi rapat ikat kuat ketat
erat melekat jangan mengumpat
bawa bertaubat bayar zakat itu ibadat
dengarkan ini nasihat

Di pagi raya ini terkenangkan kembali
ampun maaf di pinta ku mohon kepadanya
keluarga ku tercinta
mari lah bersama kunjung mengunjungi
menjamu selera
sanak dan saudara riang bergembira miskin kaya
turut sama

Ulang Chorus 2x

Satu Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
bergema takbir di pagi hari raya

Satu Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
menyambut syawal bulan mulia

















Love, 

LadyBie

No comments:

Post a Comment