Saturday, September 27, 2014

Lirik Pahlawan Zafana - Ihab Ismail





PAHLAWAN ZAFANA – ihab ismail



Manakah ruang belum terisi
Dengan hamparan cahaya madah
Manakah ruang belum terisi
Dengan hamparan cahaya madah

Alunkan megah pantun puisi
Biar berbunga ke langit indah
Alunkan megah pantun puisi
Biar berbunga ke langit indah
(ya.. ya zafana)

Tidaklah akan terpancari seri
Duka nestapa bermuram durja
Tidaklah akan terpancari seri
Duka nestapa bermuram durja

Ayuh bangkitlah membina diri
Jati pahlawan semangat waja
Ayuh bangkitlah membina diri
Jati pahlawan semangat waja
Ya zafana.. zafana (geruh.. tingkah.. zafana..)

Cahaya naik ke mata.. cahaya naik ke muka
Sinar zafana melingkar bintang terang sang perwira
Cahaya naik ke mata cahaya naik ke muka
Sinar zafan agung pahlawan nusantara

Tanjak pahlawan mahkota budi
Tidak terusik panah rintangan
Tanjak pahlawan mahkota budi
Tidak terusik panah rintangan

Kejapnya langkah seteguh sendi
Hanyalah ajak bisa pisahkan
Kejapnya langkah seteguh sendi
Hanyalah ajak bisa pisahkan

Melihat kilat memanggil hujan
Cangkir di tangan tidak dicurah
Melihat kilat memanggil hujan
Cangkir di tangan tidak dicurah

Wajah yang tampah bukan ukuran
Tingginya akal menjulang fikrah
Wajah yang tampah bukan ukuran
Tingginya akal menjulang fikrah

Ya Zafana.. Zafana

Cahaya naik ke mata.. cahaya naik ke muka
Sinar zafana melingkar bintang terang sang perwira
Cahaya naik ke mata cahaya naik ke muka
Sinar zafana agung pahlawan nusantara


Ya zafana













Love, 

LadyBie

Empayar Akar Kita Zapin


fuhh fuhh.. berhabuk blog i ni..
kebizian melanda.. so terpaksa abaikan blog sekejap
lagipon kadang2 bila dah ade masa tu mood plak x de..
so.. kita dok tangguh tangguh jerr post ni ha..

ok.. back to the story..
hari ahad lepas.. 21 Sept 2014.
sempat i menjengah ke Majlis Penutupan Empayar Akar Kita Zapin Nusantara
anjuran Noraniza Idris Production Ventures.

ekcelli event ni kira macam pertandingan Zapin peringkat Nusantara
antara yang bertanding ialah Singapura, Malaysia, Brunei dan lain-lain
sebelum ke peringkat nusantara, mereka (wakil Malaysia) telah bertanding untuk peringkat kebangsaan
hebat kan..

Cintanya pada irama tradisional seperti zapin tidak pernah luntur, malah penyanyi Noraniza Idris yang juga Ratu Etnik Kreatif ini mengakui terus memperjuangkan irama tradisional supaya ia tidak lapuk ditelan zaman. Terbaru, Tatihseni Malaysia akan menganjurkan program Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2014/2015 dengan kerjasama Persatuan Belia Kota Gagasan, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.   Noraniza berkata, misi dan visi program ini untuk mengangkat produk pelancongan supaya menjadi satu ‘trademark’ bagi Malaysia menerusi zapin kepada sebuah program modal insan secara komprehensif sebagai tarikan pelancong untuk datang ke negara ini." Sumber: Harian Metro

Majlis Ini turut dihadiri oleh Yg Berhormat Tan Sri Dato Seri Dr. Rais Yatim dan Isteri dan Dif Dif Kehormat dari negara-negara Nusantara, dan juga para selebriti tanah air.  Majlis ini turut mengangkat penyanyi Azmir Arif, penyanyi & penulis lirik Ihab Mohammad sebagai Ikon Akar Kita Zapin 2014.

so... ni antara gambar2 yang sempat kita snap snap sepanjang event tersebut.

Add caption

Dari Kiri: Adik Solbi, Dior & BabyNurul Ain

Bersama Ihab , Ikon Akar Kita Zapin 2014
Bersama Azmir Arif, Ikon Akar Kita Zapin 2014



















Love, 

LadyBie

Thursday, September 18, 2014

Happiness



Photo: Happiness is a butterfly, which when pursued is always beyond your grasp, but which if you will siy down quietly, may alighy upon you - Natalie Hawthorne. 

#BabyNurulAin #Ladybie #camerafreak #selfie #selfca #Quotes




“Happiness is a butterfly, which when pursued is always beyond your grasp, but which if you will sit down quietly, may alight upon you – Natalie Hawthorne










Love, 

LadyBie

Health: Kutu Kepala




KUTU KEPALA

Apakah kutu kepala?


Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. 


Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala. 



Telur, 'nit' dalam bahasa Inggeris (ada menggunakan nama 'nit' untuk kutu kepala juga), berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis. 

Berapa meluaskah kutu kepala?


Kutu kepala adalah sangat meluas: satu dalam lima kanak-kanak dijangka diserang kutu pada satu-satu masa




Bagaimana saya boleh tahu yang anak saya mendapat kutu kepala?


Kutu kepala boleh menyamar dengan baik dalam rambut dan adalah sukar untuk mengesannya. 



Sering disangkakan yang gatal-gatal adalah tanda pertama kutu kepala, tetapi, kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan tanpa menyebabkan gatal-gatal. Lain tanda-tanda yang nyata termasuk:

    • telur putih berkilat yang melekat ke rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher;
    • sak kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut;
    • kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut;
    • kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.



Anda harus cuba menyikat rambut anak anda dengan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh. Ini tidak seratus peratus berkesan, sebab selalunya kutu itu akan lari dari tempat yang diusik. Cara yang paling baik untuk memastikan anak anda tidak diserang ialah untuk menjalankan "pemusnahan telur" atas rambut basah menggunakan sikat telur kutu bergigi




Bagaimanakah kutu kepala dijangkiti?


Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain. 



Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah. Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko! 

Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam rambut kesemua jenis, kepanjangan dan kondisi. Kadangkala orang menyangka yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan


Bagaimana untuk menghapuskan kutu kepala?


Malangnya, tiada jawapan mudah untuk penyelesaian cepat baginya. Kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap setengah daripada racun kimia yang dicipta untuk memusnahkannya, jadi tiada jaminan yang syampu rawat guna sekali akan menghapuskannya untuk selama-lamanya. 



Cuba guna samada rawatan kimia untuk menghapuskan telur hidup dan rawatan sikat rambut basah untuk semua keluarga atau rakan rapat bagi memeriksa jangkitan yang mungkin ada dan merawat jika perlu


Pemusnahan kutu kepala


Cara ini sama seperti menyikat rambut basah. Kutu hidup dihapus buang dari rambut basah dengan sikat telur kutu bergigi halus. Dengan mengulangi prosedur tiga kali dalam tempoh 14 hari, kitaran hidup kutu diputuskan dan kepala anak anda akan menjadi bebas daripada kutu. 




  • Mulakan dengan membasuh rambut anak anda dengan syampu biasa, kemudian bilas dan bubuh perapi rambut dengan banyak. 


  • Gunakan sikat bergigi jarang untuk meleraikan rambut supaya tidak kusut kemudian gunakan sikat telur kutu, dengan menyelitkan gigi sikat ke dalam sebahagian rambut pada bahagian pangkalnya dan menarikkannya sampai ke hujung rambut. Apabila basah, kutu yang berlumur dengan perapi rambut itu tidak akan bergerak dan akan terperangkap dalam gigi-gigi sikat. Sapu kedua-dua belah gigi sikat dengan tuala kertas dapur atau bilas di bawah paip mengalir untuk menanggalkan kutu. 


  • Teruskan bagi seluruh kepala anak anda. Apabila selesai, bilas rambut dengan baik, leraikan kekusutan semula kemudian gunakan sikat telur kutu untuk mengutip semua kutu yang tertinggal pada rambut yang basah itu. 


  • Jangan lupa untuk merawat semua ahli keluarga. Ulangi prosedur memusnahkan kutu tiga kali lagi, dengan membiarkan tiga hari penuh antara setiap sesi (dalam lain kata,lakukan pemusnahan kutu pada hari 1, kemudian hari 5, hari 9 dan hari 13). Ini akan melucutkan sebarang kutu yang menetas sebelum ia sempat membiak. Menjelang hari ke 17, rambut anak anda bebas dari semua kutu. 


  • Apa jua kutu yang didapati di kepala pada sesi pemusnahan kedua, ketiga dan keempat adalah sebesar jarum peniti atau antara 1mm dan 2.5mm (dikenali sebagai fasa naiad). Jika anda terjumpa kutu dewasa (3mm panjang), ini bermakna anak anda telah dijangkiti semula dan pemusnahan kutu mestilah diteruskan secara dua kali seminggu untuk tiga sesi lagi.


  • Cara lain untuk memusnahkan kutu


  • Sikat elektronik 

  • Sikat bergigi halus menggunakan kuasa bateri, yang akan mematikan kutu dengan kejutan elektrik, boleh dibeli. Selalunya ia agak mahal dan tidak selamat untuk diguna untuk rambut basah, jadi terdapat kemungkinan kutu akan bergerak pantas dalam rambut yang kering dan terlepas dari dikesan. 


  • Cara natural 

  • Syampu dan losyen mengandungi minyak pati, seperti tea tree dan rosemary, kadangkala disyorkan, tetapi tiada bukti saintifik yang menunjukkan ianya mujarab. Adalah penting untuk diingat bahawa minyak pati kadangkala amat keras dan tidak selamat untuk digunakan berkali-kali sebab boleh menyebabkan iritasi kulit kepala. 













    Love, 

    LadyBie

    Tuesday, September 16, 2014

    Kind Of Man That Im Attracted To





    takmo cakap banyak.. so.. nie karakter yang Jejaka Idaman Baby..
    mungkin ramai yang dah tahu, baby dah ade Mr Batman..
    tapi ciri ciri  JEJAKA IDAMAN baby tak de la meliputi semua berkenaan dengan dia..
    ade la jugak kan few karakter yang baby suka dan mungkin tak ade kat dia kan..
    stay tune ok. ~!!



    1. baby idamkan lelaki yang punyai pegangan agama yang kuat.. ade ilmu... (jwpn cliche)
    2. personaliti mcm papa (papa is always be my role model dlm memilih pasangan) so.. kalau dia ade sikit2 ciri macam papa pon okei la..
    3. seorang yang penyabar...( baby nie degil dan suka lawan cakap.. so dia kena BANYAKsabar dengan baby)
    4. seorang yang caring (caring ye.. but kena ikhlas)
    5. terima diri baby seadanya.. well baby tak sempurna.. masih ade keburukan jugak la sana sini.. ade kekurangan sana sini.. so i hope dia terima baby seadanya sebab i wont change just to satisfy you.
    6. ade ciri kepimpinan - since baby anak sulung, baby tak sesenang ABC 123 nak dengar cakap orang.. kalau dia ade ciri ciri pemimpin yang berjaya.. insyaallah peluang dia cerah untuk baby ikut kata dia.
    7. Boleh berkomunikasi dengan baik - baby percaya dalam kejayaan sesuatu ia berdasarkan komunikasi yang baik.. so ciri ciri ni penting la nie.
    8. TAK cemburu buta - cemburu tandanya sayang.. cemburu buta tandanya i tolak u dalam perigi buta.. hahaha.. Kidding~!! baby rimas dengan sikap cemburu buta.. jeles sikit sikit tu normal la kan.. 
    9. Happening & Easy Going - baby orang yang fun, ceria.. so baby harap dia pon jenis yang macam tu.. tak de la STONE sangat kan.. kita cakap cakap, dia jadi batu.. ohh sangat killing the mood orang kata.. so.. happening and easy going is better for me.. 
    10. Nice Smile - haa.. yang nie sebab kenapa baby terpikat kat Mr Batman.. senyuman dia, boleh buat  baby cair ok.. hahaha.. sebab tu suka tengok dia lelama. 
    11. Look Smart - baby suka orang yang rapi, look smart.. walaupon simple namun nampak kemas. 
    12. Simple - baby suka orang yang simple.. taklah kalut terlupa pakai lotion.. kalut kulit terbakar la whatsoever mengalahkan perempuan.. awwww.. rimas.. 
    13. baby suka lelaki yang rambut dia bentuk 'M' or belah tepi... tapi tak de lah nerdy look.. its kind of fashion jugaklah.. eh.. x semestinya rambut belah tepi tu nampak nerd ok~!! 
    14. Muka Tenang - haaa. ni susah nak carik.. hu hu.. tapi siyes ek.. baby suka tengok muka lelaki yang tenang.. sebab buat baby pon jadi tenang.. nak marah marah pon tak jadi.
    15. Bukan Diktator - oh..baby x suka diktator.. mana boleh nak ikut je semua ape dia cakap.. memang so NOT me..~!!
    16. Berilmu - baby memang adore la dengan lelaki yang berilmu nie.. sebab dia tau mengenai sesuatu.. dan kebanyakan lelaki yang berilmu ni dia ade prinsip dan etika.. takdelah semua main langgoooooooor aje kan.
    17. NOT childish - baby faham kadang-kadang ade la jugak sifat2 keanak-anakan tu dalam diri individu tu kan.. tapi TAKKAN semua bende nak dibuat ala ala childish.. owhh.. apekah?
    18. Family-Oriented - baby suka lelaki yang mengutamakan keluarga.. sebab baby percaya if im with him, dia akan turut utamakan baby dan keluarga kami... (hope so)
    19. Rajin & Ringan tulang - lelaki yang tau kemas rumah, memasak tu memang buat baby terpikat... bukan la sebab baby tak pandai masak.. cuma lelaki nampak sexy (sexy ke?) bila pandai buat kerja rumah.. pastu buat kerja rumah bersama-sama.. oh.. So So ROMANTIK.. walaupon orang kata kerja rumah tu tugas seorang isteri/perempuan tapi tak salahkan kalau si lelaki pon turut sama membantu
    20. Fikiran Terbuka - kenkadang ade bende yang nak diarguekan.ade bende yang nak dibincangkan.. so baby sangat suka lelaki yang berfikiran terbuka.. kalau dah memang fakta macam tu tak payah gegatal nak tukar jadi auta plak sebab nak menangkan pandangan awak tu.. 
    21. boleh menyanyi - haaa.. ini memang FAV factor la kan.. kenkadang kalau rindu, dari dok cakap kosong, boleh mintak dia nyanyi... kalau tak boleh tido, mungkin lagu nyanyian dia boleh buat kita lena lagi.. ohh im lovin it~!!
    22. TAK curang - ohh.. memang kepantangan bagi beta kalau dapat lelaki curang.. sebab baby percaya. kecurangan pertama adalah sangat sukar namun jika dah berani buat sekali.. memang afterthat easy as petik jari lar kan.. so.. nehi~!! never~!!
    23. ade Aura - cakap pasal aura ni.. tak perlu handsome, tak perlu ayat manis macam kilang gula, tak perlu kaya ala2 jutawan muda... namun aura nie mampu buat baby pandang dia tak berkelip beberapa ketika.. (kan dah feelin2 nih)
    24. pandai memujuk - lelaki selalunya memang TAK pandai pujuk pompuan.. its not material yang bleh beli jiwa perempuan lagi2 time merajuk.. just the way you care... so.. kalau dapat lelaki yang pandai pujuk.. ohh so lovely~!!
    25. TAK merokok,TAK minum arak - baby minat dengan lelaki yang clean.. tapi nowdays susah kot nak cari lelaki yang tak merokok.. ohh sedih
    26. Boleh Memasak - sebab baby suka makan.. so.. kalau dia boleh memasak dan sedap.. memang bonus.. memang  hebatlah~!!
    27. ade Unsur Humor - lelaki yang pandai sesuaikan diri dengan persekitaran dan ade unsur unsur humor tu memang terbaik dari ladang.. dalam kita sedih, dia boleh buat kita ketawa.. itu bukan kerja senang ok~!! 
    28. Supportive - baby memang jenis active dan suka do something.. so sometime i need support terutama dari orang orang yang rapat... so i do appreciate if dia antara orang yang support baby.. 
    29. Bertanggungjawab - dia bertanggungjawab dengan ape yang dia buat.. salah ke, ape ke.. dia dia buat... dia mengaku dan sedia untuk bertanggungjawab.. dan dia juga kena bertanggungjawab tuk jaga baby la kan.
    30. Tak Kuat tido - haaa.. ini important.. sebab kadang-kadang kalau ade ape ape dan dia pulak asyik fikirkan tido aje.. memang perang la selalu..
    31. Respect - baby suka lelaki yang respect orang.. tak kisahlah muda ke tua ke.. laki ke perempuan ke.. kena respect.. 
    32. Bukan panas baran - baby kenkadang suka carik pasal.. kalau jenis panas baran memang tak laa.. sekali dia tangankan baby sekali.. memang kompom dia ku tinggalkan.. so.. dia kena pandai kawal emosi.. 
    33. boleh memandu - since penyakit malas baby berleluasa.. jadi baby dengan senang hati suka lelaki yang pandai memandu.. tadek rekod eksiden is a bonus
    34. Good Listener - memang heaven la kan.. and he'll be my first spot to share anything
    35. Sweet - sweet dengan perangai comelnye.. sweet dengan ungkapan katanya.. mendorong jugak tu tuk sayang dia
    36. Good Adviser - baby kalau ade boyfie, baby suka tanya pendapat kat dia.. kenkadang bende remeh.. kenkadang bende merepek2.. so baby memang akan senang melekat kalau dia seorang yang good adviser
    37. Suka Budak Budak - haaa.. baby akan jadi stone and stone if baby  ternampak lelaki yang suka budak kecik.. kenkadang baby tengok dia dari tengok budak.. hehe.. 
    38. Tak Liat Bangun - sometimes baby datang mood baik hati kejutkan orang (dengan niat/ suruhan/ etc) so.. bila baby harap dia bangun (bende penting) kena la dia bangun.. tak tipu dan buat2 bangun ekk.. itu boleh bikin marah
    39. Jujur - semua orang tak suka kena tipu.. dan nak cari orang yang jujur ni payah.. so baby memang caer kalau dia jenis yang jujur.. 
    40. Tak Mudah melatah - bukan melatah ala makcik makcik oh mak ko ape ntah.. oh nenek ko jatuh tergoleklah.. tapi maksud melatah kat sini is when bila tengah krisis.. baby suka lelaki yang tenang  dan cuba menyelesaikan masalah dengan tenang dan rasional
    41. Tak Boroi - lelaki ade 2 masalah.. boncet dan boroi.. baby boleh faham if dia boncets tapi baby tak mo lah dengan lelaki boroi.. dah la tangan baby jenis suka menggedik.. kang ade yang mengamuks sebab dijadikan gendang pulak nnt.



    so nie antara ciri ciri lelaki yang boleh buat baby terpikat..
    antara kata lain ialah ciri ciri Jejaka Idaman Hati
    so.. have fun reading












    Love, 

    LadyBie

    Saturday, September 13, 2014

    Aku dan Dunia Artis (Part 2)



    Aku dan Dunia Artis....
    Apa yang Aku rasa..



    ..:: Kawan ::..
    berkawan dengan jenis orang yang lain2
    bagi kita pengalaman yang lain-lain
    orang x sama.... perangai pon x sama..
    so.. aku mcm nak taw psl dia.. n dia.. n dia..
    artis ni plak ramai kawan...
    so.. x banyak ade jugak yang jadi kawan aku kan??



    ..:: Pendedahan ::..
    bila berkawan ngan artis..... aku dapat pendedahan mengenai mereka
    pasal carreer mereka... corak kehidupan mereka
    sama ada dari cerita mereka... dari pandangan mata.. atau pengalaman.
    aku ingat lagi.. masa tu kwn aku ajak teman dia pi shooting
    bila dh smpai sana.. baru aku tahu suasana orang shooting tu macam mana..
    pastu.. tbe2 x ckup extra pulak..
    aku lak sebab dah ade kat situ... jadi la bidan terjun..
    x pernah2 berlakon kne berlakon..
    bru aku taw betapa susahnye jadi artis nie..



    ..:: No Privacy ::..
    betul... ni antara ape yang aku rasa bila berkawan dengan orang ternama
    asyik diburu..mcm kne kejor ngan papparazzi ( papparazzi la sangat)
    bukan artis tu je kne kejor... aku pon kdg2 kne gak..
    kalau bercinta.. x boleh nak deting2
    x boleh nak duduk rapat2..
    x boleh nak gedix santai... sumer x boleh..
    ramai yang dok tengok....



    ..:: Kompius ::..
    aku kadang2 nie kompius gak...
    ade yang nak kawan ngan aku.. sebab aku kawan ngan artis.
    kalau cakap asyik cakap pasal artis tu..
    dok tanya pasal artis tu...
    cuba nak korek mcm2 pasal artis tu...
    kalau yang ok.. kadang2 aku share la jugak..
    tapi.. aku tertanya dalam diri..
    wats the point dia kwn ngan aku..
    sebab aku.. ke artis tu?



    ..:: Plastik ::..
    aku ingat lagi 1 masa tu..
    ade orang call.. sebab nak suruh artis tu on9..
    gara-gara tu je?? arghhh tekanan gak aku..
    kalau ikut ati.. nak aje aku sembur dia
    tapi.. kang sembur... kang lain lak jadi..
    so.. jadi la plastik kejap.. cakap elok2...
    bila nak jadi jahat sikit kan... aku pon pikir laa pasal artis tu cmne kan..
    so.. jadi plastik la jawabnyee..











    Love, 

    LadyBie